Rumpun Melayu

 

    Rumpun Melayu mempunyai pelbagai tafsiran dan pembahagian yang tersendiri. Semua suku-suku di wilayah ini dikategorikan sebagai rumpun Melayu disebabkan memiliki DNA, rupa paras, bahasa dan budaya yang hampir sama. Maka, ras rumpun Melayu boleh dibahagikan kepada 1. Alam Melayu Induk yang merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sumatera, Jawa dan Kalimantan-Borneo. Alam Melayu juga merangkumi wilayah Champa, Siam dan Kemboja sebelum kedatangan bangsa Hans, Tai dan Dai Viet dari Tanah Besar China yang kemudiannya menguasai tanah Champa, Siam dan Kemboja. 2. Kumpulan Maluku yang merangkumi Halmahera, Buru Seram, Bacan, Jailolo, Banda, Ambon, Ternate, Tidore, Makian, Obi dan sekitarnya. 3. Kumpulan Sulawesi yang merangkumi Kepulauan Sulawesi dan Kepulauan Filipina. 4. Kumpulan Kepulauan Nusa Tenggara yang merangkumi Bali, Lombok, Sumbawa, Sumba, Flores, Timor dan pulau-pulau sekitarnya. 5. Kumpulan Papua yang merangkumi Irian Jaya, Papua New Guinea, New Zealand, Aru, Tonga, Samoa, Fiji, Hawaii, Kribati, Vanuatu dan pulau-pulau sekitarnya. 6. Kepulauan Madagascar. Berdasarkan penemuaan DNA dan data-data terkini, ras rumpun Melayu adalah penduduk asal bagi kepulauan Melayu sejak dari puluhan ribu tahun dahulu. Penemuan ini menafikan teori bahawa bangsa Melayu berasal dari Yunnan atau dari mana-mana tempat lain di dunia. Sebelum berlakunya banjir besar di dunia, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan Kalimatan Borneo adalah dalam satu tanah besar yang sama. Tanah besar ini dipanggil benua Sunda atau pun Sundaland.



Rujukan: Miftahul Malayu

 

Comments

Popular posts from this blog

Defining Southeast Asia

Agama di Alam Melayu Sebelum Islam